|
 |
 |
 |
Sept 22, 2010
Assalamualaikum kawan-kawan dan para pelajar sekalian. Berikut adalah lakaran cadangan jawapan bagi peperiksaan percubaan SPM 2010 bagi soalan PSV Kertas 2 Negeri Pahang Darul Makmur.
Malas nak taip soalan, memadai dengan jawapan berikut.
Jika bersesuaian, silalah upload atau salin dan buatlah sedikit perubahan kepada gambar cadangan yang saya kemukakan. Jangan tiru 100%.

cadangan bagi soalan 1, tema figura dan haiwan, kemuskilan saya ialah reban itik - siapa reka soalan ini ? itik tak duduk dalam reban saudara ya.

cadangan bagi soalan 2, tema lanskap dan haiwan - anak sungai dan gajah ? tak sesuai sangat kombinasi ini

cadangan bagi soalan 3, tema lanskap dan haiwan - tengok, perhatikan dah 3 soalan fokus pada haiwan, tak berapa ideal dan sah soalan ni

cadangan bagi soalan 4, tema figura, kegiatan manusia dan binaan/lanskap - macam pernah buat dah soalan ini, tak mengapalah

cadangan bagi soalan 5 - tema alam benda - soalan yang fresh dan di alukan sangat, ramai akan jawab soalan semudah ini.

cadangan bagi soalan 6 - tema figura dan lanskap - soalan yang baik juga, tapi bila ada figura, tak ramai akan memilihnya.
Komen - apakah yang tertinggal dalam pembinaan soalan kali ini ?
Soalan tema fantasi, tema bencana alam atau kemalangan tidak ada.
Soalan tema haiwan terlebih buat, dan figura nampaknya statik iaitu tidak dalam keadaan aksi yang baik.
Apa hal pun kita cuba jawab jugalah, tapi dari segi kemungkinan dan kebarangkalian soalan-soalan ini jadi nyata saya letakkan pada kadar 25% sahaja. Maknanya, tak 'strong' langsung pembinaan soalan ini.
sekian.
|
Today, there have been 17 visitors (34 hits) on this page! |
|
 |
|
 |
 |
Hallo kawan
disini aku tampalkan gambar sebagai sumber
untuk anda mengajar Pendidikan Seni Visual.
jika ada apa-apa hal hubungi
e-mel = danartgaleri@hotmail.com
jika nak bercakap hubungi
013 9379662 |
 |
|