Home
Carta Seni Visual
RPT Ting4-5
RPT Ting1 - 3
Nota Seni
Contact
Guestbook
Lukisan Jawapan SPM Lepas
Jawapan 2018




November 22, 2018
Assalamualaikum semua, rakan, sahabat, anak murid, pelajar dan tetamu semua.
Terima kasih saya ucapkan kerana mengunjungi laman ini lagi untuk mencari sedikit idea yang mungkin boleh membantu anda dan calon spm2018. Soalan dikeluarkan semalam Nov21, dan hari ini saya sempat melukis beberapa cadangan gambar bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Buat julung kalinya saya akui soalan kali ini adalah soalan yang paling mencabar untuk diterjemahkan kebentuk lukisan. Yang pasti tukang buat soalan mungkin tak uji dulu soalan tersebut. Apa pun lihatlah cadangan saya ini dimuka Jawapan2018.
Sekian terima kasih. semoga berjumpa lagi.
Assalamualaikum semua,
terima kasih pada yang menghubungi saya seawal petang semalam - isnin nov 13, amboi, soalan pun saya tak tengok lagi,. tapi kini dah siap lukis, selasa nov 14.
pada masa sama anaknda saya 'afendi' sudahpun selesai menduduki STAM di Maahad Sultan Ahmad Shah, Jengka, Pahang. doakan juga semoga dia berjaya.

Assalamualaikum para pengunjung,
terutama kepada Kak Ani yang tersangat awal menghubungi saya.

Lihatlah gambar di atas, betapa anak saya 'afendi' dah besar dan sedang menduduki SPM sekarang di Sekolah Menengah Agama Al-Attas, Pekan. Harap doakan jua baginya kejayaan sebagaimana saya membantu anda untuk kejayaan. Semoga usaha kita diberkati dan anak pelajar sekelian berjaya membuat lukisan yang terbaik dihari peperiksaan nanti. Silalah melihat lukisan cadangan saya bagi menjawab soalan soalan PSV Kertas 2 SPM 2016.


assalamualaikum semua

dalam laman web ini aku dah masukkan gambar yang sesuai sebagai rujukan kita mengajar dan membantu pelajar menghadapi peperiksaan Seni Visual

Sept 2, 2016
Kali ini soalan lambat sampai, periksa pada sept 6, dan soalan sampai sept 1. Aku terima pagi tadi sept 2. terus buat lakaran dan upload untuk berikan sedikit bantuan dan idea kepada pelajar yang menduduki peperiksaan percubaan SPM mengikut soalan Negeri Pahang.

Nov 18, 2015
Setelah menganalisa soalan tahun ini (2015) yang saya kira sangat susah bagi para calon untuk memvisualkannya, maka dengan izin Allah selesai juga kerja amal aku untuk tahun ini menghasilkan cadangan lakaran bagi semua 6 soalan yang dikemukakan. Saya rasa masih sempat lagi cikgu untuk membantu pelajar berlatih melukis dan mewarna jawapan yang mereka hendak buat. jika susah sangat, biarkan mereka main dengan pensil, utamakan jalinan dan tona. sekian.

Nov 14, 2014
soalan agak mudah dan calon ada banyak pilihan yang boleh dibuat. Saya harap cadangan jawapan saya dapat membantu pelajar mendapat keputusan yang baik. buatlah latihan dan olahlah gubahan gambar anda dengan baik, biar nampak ringkas tapi memenuhi kehendak soalan.

Nov 11, 2013

Tiga (3) hari mengadap komputer hanya untuk upload lukisan cadangan jawapan bagi soalan PSV Kertas 2, tahun 2013. Akhirnya berjaya juga pada hari ini setelah cabaran hari satu - portal web ini tak stabil, hari dua - tiada elektrik di sini dan hari tiga - tiada internet connection, sekarang dah ada dan semuanya berjalan lancar. Semoga lakaran saya dapat membantu anak anak pelajar sekalian untuk mendapat idea awal apa gambaran yang diperlukan oleh soalan soalan yang dikemukakan, selamat berlatih melukis.



November 23, 2012 - wah lega rasanya bila boleh upload gambar hari ini, dah 3 hari sejak selasa lepas saya cuba upload cagangan jawapan saya bagi soalan kertas 2 SPM2012 ini. Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya kongsi dengan guru dan pelajar seluruh malaysia. Sila klik pautan Jawapan 2012, ia ada disana.
sekian. Gambar kecil sahaja kerana saya ada masalah internet connection yang selalu terganggu dan lambat untuk response.

September 10, 2012 - hah ? dah periksa percubaan spm sekarang. Atas ingatan dan permintaan beberapa orang rakan, jadi kenalah melukis juga cadangan jawapan kepada soalan percubaan negeri pahang. kepada semua rakan seni dan rakan guru, selamat hari raya walaupun dah sampai ke penghujungnya.
semoga lakaran saya dapat membantu guru dan pelajar mendapatkan idea untuk gubahan seterusnya. silalah download untuk lebih mudah membuat rujukan.
jika ada kekurangan, tambahlah sendiri. sekian. jumpa lagi pada peperiksaan spm sebenar nanti.

May 2, 2011 - untuk menambahkan lagi kemeriahan laman ini, aku sedang berusaha mebuat laman nota seni bagi tajuk tajuk teori terutama bagi pelajar SPM iaitu pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5. jangan risau semuanya percuma untuk di baca, tetapi jika ingin memberi sumbangan kewangan silalah membeli carta yang telah aku usahakan.

Jan 3, 2011 - selamat tahun baru, semoga kita akan dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Mat Noor hubungi aku minta RPT jadi, aku baru saja siapkan halaman bagi Sukatan dan Rancangan Tahunan, buat masa ini rpt tingkatan 4 dan 5 sahaja yang baru dimasukkan. terima kasih kepada Bajuri yang benarkan aku rakam rpt dia ni, alaa, kita kongsi la, apa salahnya.

Dec 01, 2010 - waah budak budak kita dah nak ambil periksa tak berapa lama lagi, so aku dah siapkan cadangan jawapan untuk mereka berlatih, kepada yang mendownload gambar tu cepat cepatlah buat bengkel atau kelas dengan pelajar, supaya mereka cemerlang. salam aku buat semua terutama ibrahim dan hisyamuddin dari Bera.

Sept 22, 2010 - dah hampir 6 bulan tak update, kali ini aku sediakan jawapan bagi peperiksaan percubaan Negeri Pahang Darul Makmur. Pada rakan yang tahu laman ini, silalah panjangkan kepada rakan-rakan yang lain untuk mendapat sedikit idea dari cadangan jawapan yang aku berikan. Jika ada jawapan untuk dikongsi, silalah emelkan kepada saya pula di danartgaleri@hotmail.com - aku tak main facebook ya, jadi jangan cari disana, sangat sibuk sekarang.

Nov24,2009 - aku baru
saja masukkan cadangan jawapan SPM2009. silalah klik dipautan jawapan2009 dan klik digambar untuk upload atau 'save'kan gambar itu untuk mulakan latihan bersama anak-anak kita bermula esok.

mac29, 2010 asalamualaikum kawan kawan, aku pasti tiada orang tengok laman ini sekarang, tapi aku edit juga pasal nak tampal gambar terbaru aku sekeluarga di Kellie's Castle dan artwork aku yang bukanlah terkini tetapi bermakna bagiku sebesar 65 x 130cm. Gambar ini juga aku gunakan pada semua laptop aku (3 biji semuanya) dan desktop aku (ada 2 biji) untuk kerja kerja fotografi aku dan kerja kerajaan yang aku terlibat.


Hi, you can edit this page in the login at own-free-website.com! Have fun ! Benjamin Lochmann Webmaster own-free-website.com
Today, there have been 7 visitors (36 hits) on this page!
Hallo kawan disini aku tampalkan gambar sebagai sumber untuk anda mengajar Pendidikan Seni Visual. jika ada apa-apa hal hubungi e-mel = danartgaleri@hotmail.com jika nak bercakap hubungi 013 9379662
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free