|
 |
 |
 |
Berikut ialah lukisan cadangan saya bagi soalan-soalan yang dikemukan untuk Pendidikan Seni Visual SPM Kertas 2 Tahun 2018.
Soalan 1. Orang tua menunjukkan cara mengamyam ketupat. Soalan yang tidak adil bagi 60% pelajar yang tinggal dikawasan bandar yang tak tahupun apa aktiviti tersebut. Bayangkan dari 500,000 calon, mungkin 100ribu lebih saja yang tahu aktiviti itu, dah lah itu, figura pula. memang susah bagi kebanyakkan calon. Soalan tak popular. Tukang gubal mesti dah nak pencen macam saya.
.jpg)
Soalan 2 Macam enjoy sikit yang ini. Beberapa ekor Orang Utan, nak selamat lukis 2 ekor lah. pelajar kena berlatih lukis muka orang utan. tentang aksinya tak kisah sangat asalkan dia bergayut. masalah kat sini ialah masa mewarna kerana susah juga untuk membuat tona dan gradasi warna. Soalan boleh diterima. selamatkan haiwan terancam.
.jpg)
Soalan 3 Ha hah !,. soalan yang bakal popular dijawab oleh pelajar, terutama pelajar lemah dan kurang yakin. Kereta,. objek popular, semak dan tayar tertanggal,.. semuanya senang. nak warna berkarat,. memang senang,. tak pandai lukis pun akan jadi lukis kereta,.. Senang sangat,.
.jpg)
Soalan 4 ini sangat unik dan memang perlukan imaginasi yang tinggi dan kuat berfantasi. nak buat taman yang indah dan cantik dari atas dengan objeknya dah kecil-kecil, nak warna macamana weh ? kalau kata tengok kebawah ada lebuhraya pun lebih baik. Soalan yang munasabah, tapi susah.
.jpg)
Soalan 5 Hmm figura lagi, kanak-kanak,. susah juga ni, ada pula nak buat ekspresi. Calon teruja dah nak lukis arnab, tapi nak lukis budak-budak tu yang jadi malas,.. Sederhana,. ramai juga akan pilih
.jpg)
Soalan 6 yang terakhir tahun ini, bukan suasana pasar, tapi alam benda. 'still life' Aku suka soalan ini, kemahiran melukis objek yang beragam, kotak asas kiub, baldi asas silinder, dacing asas bulat dan bentuk ikan. Soalan senang tapi banyak sangat objek yang perlu dilukis. Harap calon cukup masa untuk mewarna.
.jpg)
Nasihat terakhir, gambar yang saya lukis hanya cadangan dan untuk memberi idea. Ia bukan jawapan yang perlu diikut. Jika anda menggunakan ini sebagai bahan perbincangan, harap dapat membuat ubahsuai dimana yang patut. Kepada calon SPM, harap dapat gunakan warna air, watercolour atau poster colour. Ia akan memberi penampilan warna yang lebih menarik, nampak jelas dari jauh dan menonjol. Sekian.
|
Today, there have been 34 visitors (594 hits) on this page! |
|
 |
|
 |
 |
Hallo kawan
disini aku tampalkan gambar sebagai sumber
untuk anda mengajar Pendidikan Seni Visual.
jika ada apa-apa hal hubungi
e-mel = danartgaleri@hotmail.com
jika nak bercakap hubungi
013 9379662 |
 |
|