May 2, 2011 - mulai hari ini aku akan cuba membuat nota seni dalam laman aku ini secara beransur ansur jika ada masa terluang diselangi editing fotografi dan tugas mengajar harian. semoga aku berjaya melaksanakannya. harap anda memberi sokongan.
Ini adalah sebuah karya catan aku yang menggunakan teknik semburan di atas perspex sheet. Apa yang hendak dibincangkan ialah tentang Unsur Seni yang terdapat pada karya aku ini.
Unsur Seni - didefinisikan sebagai semua perkara yang digunakan untuk menggubah sebuah karya seni dari segi visualnya. Ia mestilah boleh dilihat dan dikesan dengan jelas pada semua karya seni dan objek seni. Semua perkara ini digunakan dan digabungkan serentak secara konsepnya dan perlu ada pada setiap hasil seni. Perkara yang dimaksudkan itu ialah
1. Garisan - anda dapat melihat dengan jelas garisan putih dalam karya saya di atas ini. Ada banyak lagi garisan yang anda nampak kan ?
2. Rupa - kawasan kecil kecil yang dilingkungi oleh garisan putih. Ada banyak juga rupa yang akhirnya bercantum menjadi bentuk dalam karya saya itu.
3. Bentuk - apabila rupa digabung dan diolah ia menjadi bentuk yang boleh ditakrif dan diberikan satu nama khas seperti bentuk daun dan bunga. Banyak bentuk daun dan bunga yang saya olah dalam karya saya ini.
4. Jalinan - ialah kesan sesuatu permukaan. dapatkah anda melihat sebarang jalinan dalam karya saya ?
5. Warna - tak payah cakaplah kan ? ada warna hijau, biru, merah dan banyak lagi lagi warna serta tonanya yang saya gunakan dalam karya saya itu.
6. Ruang - dapatkah anda nyatakan perbezaan saiz bunga merah dan ungu ? ia menggunakan ruang yang berlainan. kedudukannya juga terletak pada ruang yang tertentu seperti ruang atas, tengah dan bawah.
Jadi sekarang secara asanya anda dapat idea awal tentang unsur seni. Saya juga mengharapkan anda dapat memahami konsep unsur seni itu.
Sila klik tab di kiri untuk nota lain mengikut tajuk.
Today, there have been 34 visitors (595 hits) on this page!
Hallo kawan
disini aku tampalkan gambar sebagai sumber
untuk anda mengajar Pendidikan Seni Visual.
jika ada apa-apa hal hubungi
e-mel = danartgaleri@hotmail.com
jika nak bercakap hubungi
013 9379662