|
 |
 |
 |
Assalamualaikum pelajar dan rakan sekelian
Dah dua hari cuba nak upload Lukisan dalam page ini, harap hari ini tak mengecewakan
Berikut ialah lukisan saya bagi menjawab semua soalan yang dikemukakan bagi Kertas 2 Seni Visual SPM 2014
Soalan 1 Pekebun Pisang, deretan pokok pisang, aktiviti pekebun dan alatannya. Senang tapi ada figura.
Soalan 2 pertandingan bolasepak diplanet semut. mudah dibayangkan aksinya, susah untuk membuat semut yang banyak kaki. Soalan Sederhana, akan popular dijawab.

Soalan 3 figura ibu tua disudut rumah papan sambil membelai kucingnya. ada segelas air dan pinggan yang sudah dihabiskan makanannya. Senang komposisi ini, tapi figura tu yang melemahkan kebanyakkan calon.

Soalan 4 fantasi habis, seekor makhluk muncul kepermukaan air, badan bersisik, gelombang dan percikan air menyebabkan perahu terlingkup. hebat. Disukai ramai, awas nak warnakan gelombang air.

Soalan 5 rumah usang di atas bukit dan laluan batu bertangga. semak kiri kanan. Senang, soalan popular ni.

Soalan 6 soalan fantasi lagi, daya imaginasi kena kuat untuk dicabar, nak lukis perspektif bangunan, suasana kacau bilau, kesesakan bandar dan makhluk lipan raksasa muncul. banyak sangat kehendak soalan. Susah dan paling tak diminati oleh calon.

Sekian untuk kali ini,
Komen, terlalu banyak soalan fantasi, walaupun nampak senang dilukis tetapi susah untuk diwarnakan dengan
berbagai elemen dalam gambar.
Gambar yang senang mendapat markah ialah soalan 5, dimana fokus utama ialah lanskap, lebih mudah dilukis dan
diwarnakan
Semoga mendapat manafaat dari cadangan lakaran saya ini.
|
Today, there have been 62 visitors (502 hits) on this page! |
|
 |
|
 |
 |
Hallo kawan
disini aku tampalkan gambar sebagai sumber
untuk anda mengajar Pendidikan Seni Visual.
jika ada apa-apa hal hubungi
e-mel = danartgaleri@hotmail.com
jika nak bercakap hubungi
013 9379662 |
 |
|